[VIDEO] Hetty Bawa Limau Manis Kunjungi Siti Nurhaliza

12 November 2017
9814 Views

AMPANG: Walaupun sibuk, bintang legenda Indonesia, Hetty Koes Endang, sempat meluangkan masa hampir sejam menziarahi Datuk Seri Siti Nurhaliza yang kini hamil lima bulan.

Dalam pertemuan berkenaan, selain berkongsi pengalaman dan menitipkan pesanan berguna buat penyanyi yang bakal bergelar ibu itu, Hetty, 60, turut menghadiahkan Siti buah limau yang begitu diidamkan olehnya.

“Puas saya berfikir, apakah buah tangan sesuai untuk diberikan pada Siti yang mungkin sudah melewati masa mengidamnya. Tiba-tiba, timbul idea untuk memberikannya limau manis. Mungkin hadiahnya tidak mahal, tetapi itulah tanda kasih sayang saya padanya.

“Apabila kami berbual di telefon, tiba-tiba Siti memberitahu dia teringin hendak makan buah limau, tetapi yang manis. Kebetulan bukan? Jadi, saya pun bawalah limau manis ke sini,” kata penyanyi lagu Berdiri Bulu Romaku ini kepada BH Online.

Sebaik saja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekitar tengah hari tadi, penyanyi berkenaan terus menuju ke kediaman Siti di Bukit Antarabangsa, di sini.

Dalam kunjungan berkenaan, Hetty turut ditemani pengurus yang juga anak sulungnya, Ameer Mahmed.

Kata Hetty, sejak mendapat tahu Siti kini berbadan dua, perasaannya membuak-buak untuk bertemu dengan penyanyi yang pernah mengadakan konsert dengannya di Istana Budaya, dua tahun lalu.

“Apabila mendapat tahu Siti hamil, saya berkata pada diri sendiri, saya mesti melawatnya. Tak kiralah sama ada dia terima atau tidak, saya tetap akan berjumpa dengannya.

“Selain itu, (lawatan) ini juga sebagai memenuhi permintaan suami yang mahu saya melawat Siti. Kata suami, sebagai kawan dan kebetulan saban minggu saya berada di KL atas sebab tugas, saya kena cari masa untuk ziarah Siti,” katanya sambil ketawa.

Sementara itu, Siti turut melahirkan rasa terharu atas kesudian Hetty berkunjung ke kediamannya sambil menyifatkan wanita berhati mulia itu seperti seorang ibu, kakak, teman seperjuangan dan mentor buat dirinya.

KEJUTAN lawatan penyanyi Indonesia, Hetty Koes Endang (kiri) ke rumah Siti Nurhaliza di Ukay Perdana. – Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

 

SITI Nurhaliza (kiri) menjamu hetty Koes Endang makan tengahari pada kejuatan lawatan penyanyi Indonesia, Hetty Koes Endang (kiri) ke rumah Siti Nurhaliza di Ukay Perdana. – Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

Video :

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber : PendekarHitam

The post [VIDEO] Hetty Bawa Limau Manis Kunjungi Siti Nurhaliza appeared first on Berita Semasa.

REFERENSI

You may be interested

Seorang Pembeli Menyamar Sebagai ‘Orang Biasa’ untuk Membeli Mobil Mewah Tetapi Diabaikan, Akhirnya, Mereka pun Menyesal!. Bagikan …..
Terkini
19 views
Terkini
19 views

Seorang Pembeli Menyamar Sebagai ‘Orang Biasa’ untuk Membeli Mobil Mewah Tetapi Diabaikan, Akhirnya, Mereka pun Menyesal!. Bagikan …..

malaysia - 31 Mei 2018

Erabaru.net. Zaman sekarang, penampilan seseorang adalah salah satu kriteria penting dalam mendapatkan pandangan yang baik dari orang luar. Bahkan, mayoritas…

Penari Ukuran Jumbo Ini Menunjukkan Gaya Dansa yang Memukau!. Bagikan …..
Terkini
13 views
Terkini
13 views

Penari Ukuran Jumbo Ini Menunjukkan Gaya Dansa yang Memukau!. Bagikan …..

malaysia - 31 Mei 2018

Erabaru.net. Biasanya, orang-orang berpikir bahwa penari yang bisa menari dengan anggun dan indah memiliki bentuk tubuh yang ramping. Namun, video…

Mesin “Teknologi Mutahir” Zaman Now. Bagikan …..
Terkini
15 views
Terkini
15 views

Mesin “Teknologi Mutahir” Zaman Now. Bagikan …..

malaysia - 31 Mei 2018

Erabaru.net. Produk teknologi selalu inovatif, orang-orang selalu berusaha sebaik mungkin menciptakan alat dan perangkat yang sesuai untuk dirinya, agar hidup…

Leave a Comment

Your email address will not be published.