Masih Ingat Dengan Penyanyi Zaiton Sameon Yang Pernah Dituduh Gila Setelah Terlibat Dalam Kemalangan Mengerikan Pada Tahun 1990? Tak Sangka Beginilah Foto Keadaan Dan Wajah Terkini Beliau Yang Mengejutkan…

12 November 2017
262 Views

Meskipun kemalangan yang meragut nyawa anak tunggalnya, Azirwan Abu Bakar, sudah lama berlalu iaitu pada tahun 1990, namun kesannya terhadap penyanyi Zaiton Sameon masih segar hingga ke hari ini.

Masih ingat penyanyi Zaiton Sameon yang pernah dituduh gila setelah terlibat kemalangan mengerikan pada tahun 1990, tak sangka beginilah 2 foto keadaan dan wajah terkini di tahun 2016

Masih ingat penyanyi Zaiton Sameon yang pernah dituduh gila setelah terlibat kemalangan mengerikan pada tahun 1990, tak sangka beginilah 2 foto keadaan dan wajah terkini di tahun 2016

Malah dia juga sering diumpat dengan kata-kata yang menyakitkan hati seperti sudah tidak siuman akibat kemalangan tersebut, termasuk sering lupa mengingati lirik lagu hingga mencacatkan persembahannya.

Bagaimanapun, Zaiton tidak pernah terasa hati dengan semua fitnah dan kata-kata keji itu. Baginya, hanya Allah sahaja yang mengetahui kebenaran disebalik semua tuduhan tersebut. Bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

“Saya agak terharu dan terkejut setiap kali mendapat tawaran membuat persembahan. Tidak sangka masih ada segelintir pihak yang mengingati saya walaupun wujud kata-kata sumbang mendakwa, saya sudah tidak boleh bernyanyi.

“Malah, ada juga mengatakan saya ini gila. Tuhan sahaja yang tahu kebenaran di sebalik kata-kata sebegitu.

“Sudah pastilah saya sedih dan terkilan apabila dituduh gila. Tetapi kita tidak boleh menutup mulut orang. Walaupun saya tahu siapa yang berkata demikian, tetapi biarlah. Saya sudah maafkan mereka dan tidak akan mengambil sebarang tindakan,” ujar Zaiton dipetik sebagai berkata.

Imbasan kemalangan yang melibatkan Zaiton pada 1990

aiton%2BSameon3.jpg

 

aiton%2BSameon4.jpg

Terkini, Zaiton akhirnya tampil dengan album baharu bagi membuktikan bahawa dia masih mampu meneruskan lagendanya satu ketika dahulu. Untuk info, album yang berjudul ‘Terimalah Aku’ itu diterbitkan oleh Money Entertainment Sdn. Bhd dan ia sudah pun selesai menjalani proses rakaman.

“Terdapat sembilan buah lagu dalam album tersebut. Bagaimanapun belum ada tarikh yang tetap untuk album berkenaan dilancarkan. Antara komposer yang terlibat menerbitkan album berkenaan termasuklah Syah Wahid dan Hairy Khalifah. Anak angkat saya, Ikah Ismail turut menyumbang sebuah lagu bertajuk Setia Bersama.

“Saya sedar, dengan umur sebegini, agak sukar untuk saya memenuhi kehendak pendengar sekarang. Biarpun, komposer untuk album ini terdiri daripada generasi baharu, namun saya masih mengekalkan genre balada 1990-an supaya peminat dapat mengingat kembali kehadiran Zaiton Sameon,” tambahnya yang mula memakai hijab pada ulang tahun kelahirannya yang ke-59 pada 2 Julai 2015.

“Saya rasa dengan faktor usia sudah tiba masanya untuk berubah ke jalan yang lebih baik. Tambahan pula, saya sudah puas mewarnakan rambut dengan warna merah atau kuning, jadi kini saya ingin menutupnya,” jelasnya.

Wajah Terkini Zaiton

aiton%2BSameon1.jpg

 

aiton%2BSameon2.jpg
Image result for ZAITON SAMEON 2017
Image result for ZAITON SAMEON 2017
Image result for ZAITON SAMEON 2017
Image result for ZAITON SAMEON 2017
Image result for ZAITON SAMEON 2017
Image result for ZAITON SAMEON 2017
Image result for ZAITON SAMEON 2017

Permulaan Karier
Zaiton mula mencipta nama apabila menjuarai Juara Lagu 1987 dengan lagu popularnya Menaruh Harapan ciptaan A.Ali, lirik oleh Habsah Hasan

Kemalangan ngeri
Zaiton Sameon telah terbabit dengan kemalangan di Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Batang Kali yang turut meragut nyawa anak tunggalnya, Azirwan Abu Bakar yang berusia 13 tahun di Batang Kali, Selangor pada 21 Februari 1990. Dalam kemalangan tersebut, Van yang mereka naiki telah dilanggar oleh lori. Seorang lagi yang turut meninggal dunia ialah pemuzik pengiring Zaiton, Ismail Shaari. Beliau telah mengalami gangguan emosi selama 11 tahun (Feb 1990-Julai 2001). Dalam tempoh tersebut, rakan-rakannya memberi sokongan dengan menghasilkan “album Kami Bersamamu Zaitun Sameon.”.

Kini
Selepas pulih ingatan, beliau kembali aktif menyanyi semula. Beliau masih lagi mendapat banyak undangan nyanyian sehingga kini. Beliau juga antara penyanyi yang menghadiri Anugerah Juara Lagu yang ke 30 pada tahun 2016 dan turut menyanyikan korus lagu Menaruh Harapan yang pernah memenangi anugerah Juara Lagu yang ke 2 pada tahun 1987.

Pada bulan Jun 2015, Zaiton Sameon mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya.

Album terbaru daripada “Zaiton Sameon” , Terimalah Aku sudah selesai dirakam pada tahun 2016 tetapi masih belum dilancarkan kerana ingin menunggu masa yang sesuai dan mungkin bakal dilancarkan pada tahun 2017. Album baru tersebut akan dimuatkan dengan lagu-lagu balada dan melodinya lebih kepada lagu era 90-an kerana beliau beranggapan bahawa penggemar muzik masih lagi menggemari lagu-lagu era 90-an.

Diskografi
Album studio
1987 : Menaruh Harapan
1988 : Kabut Serangkai Mawar
1989 : Diriku Yang Tersingkir
1997 : Kembali Lagi
2003 : Menadah Impian
2004 : Album Ratu Sensasi
2004 : Cinta Sepanjang Masa
2017 : Terimalah Aku (masih belum dilancarkan)
Filem Zaiton Ceritaku
Pada 01 November 2012, filem biografi Zaiton Ceritaku mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. Filem arahan Esma Daniel ini diterajui oleh Nadiah Aqilah yang memegang watak utama dan turut dibintangi oleh Shahronizam Noor, Karl Shafek, Norlia Ghani, Fazlina Ahmad Daud dan Arash Mohamad. filem Zaiton Ceritaku ini mengupas kembali detik-detik perjalanan Zaiton Sameon ketika meniti zaman popularitinya sehingga beliau jatuh akibat peristiwa hitam yang berlaku dalam hidupnya seperti kemalangan ngeri yang mengorbankan anak kesayangannya, kisah keluarganya, kisah mereka yang cuba memperalatkan dirinya dan juga kisah kemunculan seorang lelaki yang jujur ingin membantu.

 

The post Masih Ingat Dengan Penyanyi Zaiton Sameon Yang Pernah Dituduh Gila Setelah Terlibat Dalam Kemalangan Mengerikan Pada Tahun 1990? Tak Sangka Beginilah Foto Keadaan Dan Wajah Terkini Beliau Yang Mengejutkan… appeared first on Oh! Cantik.

REFERENSI

You may be interested

Seorang Pembeli Menyamar Sebagai ‘Orang Biasa’ untuk Membeli Mobil Mewah Tetapi Diabaikan, Akhirnya, Mereka pun Menyesal!. Bagikan …..
Terkini
19 views
Terkini
19 views

Seorang Pembeli Menyamar Sebagai ‘Orang Biasa’ untuk Membeli Mobil Mewah Tetapi Diabaikan, Akhirnya, Mereka pun Menyesal!. Bagikan …..

malaysia - 31 Mei 2018

Erabaru.net. Zaman sekarang, penampilan seseorang adalah salah satu kriteria penting dalam mendapatkan pandangan yang baik dari orang luar. Bahkan, mayoritas…

Penari Ukuran Jumbo Ini Menunjukkan Gaya Dansa yang Memukau!. Bagikan …..
Terkini
13 views
Terkini
13 views

Penari Ukuran Jumbo Ini Menunjukkan Gaya Dansa yang Memukau!. Bagikan …..

malaysia - 31 Mei 2018

Erabaru.net. Biasanya, orang-orang berpikir bahwa penari yang bisa menari dengan anggun dan indah memiliki bentuk tubuh yang ramping. Namun, video…

Mesin “Teknologi Mutahir” Zaman Now. Bagikan …..
Terkini
15 views
Terkini
15 views

Mesin “Teknologi Mutahir” Zaman Now. Bagikan …..

malaysia - 31 Mei 2018

Erabaru.net. Produk teknologi selalu inovatif, orang-orang selalu berusaha sebaik mungkin menciptakan alat dan perangkat yang sesuai untuk dirinya, agar hidup…

Leave a Comment

Your email address will not be published.