‘Kamu sebenarnya yang mengajar saya menjadi guru’- kisah seorang pelajar pendiam yang akhirnya berjaya ini pasti buat anda tersentuh!. Sentuh Gambar ….

23 Desember 2017
15 Views

Pada hari pertama sekolah, seorang guru berdiri di hadapan kelas yang dipenuhi oleh murid-murid gred lima dan menceritakan sebuah cerita tipu kepada mereka.

Dia melihat pelajar-pelajarnya dan berkata: “Kamu semua adalah pelajar kesayangan saya dan saya akan memberikan perhatian dan kasih sayang yang sama kepada semua murid saya.” Tetapi sebenarnya itu semua tidak mungkin berlaku….

Di barisan depan duduk seorang budak lelaki bernama Teddy. Guru itu mendapati bahawa Teddy tidak bergaul dengan kawan-kawan yang lain sama sekali. Pakaiannya lusuh dan tidak kemas. Dia juga tidak begitu dikenali oleh kawan-kawan sekelasnya sendiri.

Beberapa minggu kemudian, semua guru kelas diminta untuk melihat semula rekod masa lalu setiap murid. Dia meletakkan fail Teddy di bahagian bawah timbunannya. Akhirnya, tibalah masa untuk melihat semula fail Teddy dan guru itu terkejut dengan apa yang ditulis di dalam fail Teddy.

Guru kelas pertama Teddy menulis: Teddy adalah murid yang ceria dan bijak. Dia melakukan kerja rumah dengan kemas dan dia adalah murid yang sangat sopan. Dia membawa kegembiraan kepada semua orang di sekelilingnya.

Guru kelas dua Teddy menulis: Teddy adalah seorang pelajar cemerlang dan disayangi oleh rakan sekelasnya. Tetapi dia sedih kerana penyakit ibunya berada di peringkat terakhir dan keluarganya sedang mengalami masa-masa yang sukar.

Guru kelas tiga Teddy menulis: Kematian ibu Teddy memberinya pukulan berat. Dia berusaha sebaik mungkin untuk menjadi ceria lagi tetapi bapanya tidak melaksanakan tanggungjawabnya terhadap Teddy. Jika tiada tindakan sewajarnya yang diambil, ia akan memberi kesan buruk kepada Teddy.

Guru kelas empat Teddy menulis: Teddy adalah seorang anak yang tidak suka bergaul. Dia tiada minat untuk belajar. Dia tidak mempunyai kawan dan kadang-kadang tertidur di dalam kelas.

Pada ketika ini guru kelas menyedari masalah Teddy itu dan dia malu dengan kelakuannya. Apabila perayaan Krismas datang ramai murid yang memberikan hadiah Krismas kepadanya. Di situ dia menyedari bahawa hadiah  yang diberikan Teddy adalah berbeza dengan hadiah yang diberikan pelajar lain. Semua hadiah yang diterimanya dibalut dengan kertas berwarna disertakan  dengan reben cantik yang terikat tetapi lain pula dengan hadiah Teddy.

Hadiah Teddy dibalut dengan pelbagai lapisan kertas kraf  daripada beg kertas yang boleh diperolehi dengan membeli barangan runcit.

Apabila dia membuka hadiah itu dia mendapati terdapat gelang kristal dengan batu kristal di atasnya dan sebotol minyak wangi yang bersisa setengah botol. Beberapa orang murid sudah mula tertawa melihat hadiah itu tetapi guru itu segera menghentikan tawa mereka. Guru itu dengan bangga menunjukkan betapa cantiknya gelang itu dan dia tidak segan menggosokkan minyak wangi itu di pergelangan tangannya.

Sebelum Teddy pulang ke rumah, dia memberitahu guru kelasnya: “Cikgu, hari ini bau cikgu sama seperti bau mendiang ibu saya.”

Selepas pelajarnya pergi, guru itu terduduk dan menangis selama sejam. Sejak hari itu, dia menghentikan penyelidikannya tentang cara mengajar membaca, menulis esei dan matematik. Dia mula meneliti bagaimana mengajar anak-anak. Dia juga memberi perhatian lebih kepada Teddy.

Semasa Teddy belajar di bawah pengawasannya, otaknya semakin aktif dan semakin banyak galakan yang diberikannya kepada Teddy, semakin pantas Teddy memberikan respons.

Pada penghujung tahun, Teddy muncul sebagai murid yang paling bijak di kelas. Sebelum itu guru kelas itu ada berkata dia akan memberi kasih sayang dan perhatian yang sama kepada semua muridnya, tetapi ternyata Teddy adalah pelajar kesayangannya. Setahun kemudian, guru itu menemukan sekeping nota di mejanya. Ia adalah dari Teddy yang berbunyi “Anda adalah guru yang terbaik seumur hidup saya!”

Enam tahun berlalu dan guru itu menerima nota lain dari Teddy. Dia berkata: “Saya baru lulus sekolah menengah dan menjadi pelajar ketiga paling pintar di kelas tetapi anda masih guru terbaik yang pernah saya jumpa!”

Beberapa tahun berlalu dan guru itu sekali lagi menerima nota. Kali ini Teddy berkata: “Saya baru sahaja tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda dan saya telah memutuskan untuk meneruskan pengajian saya lagi dan anda masih guru terbaik yang saya temui.”

Sewaktu musim bunga tahun itu, Teddy kembali dengan surat yang mengatakan bahawa dia akan berkahwin dan ingin tahu adakah guru itu bersedia untuk menghadiri majlis perkahwinannya. Dia juga bertanya sama ada gurunya mahu untuk duduk di kerusi ibunya.

Sudah tentu gurunya mahu pergi ke majlis perkahwinan Teddy. Dia juga memakai hadiah Krismas yang diberikan Teddy suatu ketika dahulu, gelang kristal dan minyak wangi. Mereka bertemu dan berpelukan, dengan lembut Teddy berkata kepada gurunya: “Terima kasih, terima kasih banyak kerana memberitahu saya bahawa saya boleh membuat perubahan.”

Air mata guru itu mengalir dan berkata: “Kamu salah Teddy, kamu sebenarnya yang mengajar saya menjadi guru.”

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

The post ‘Kamu sebenarnya yang mengajar saya menjadi guru’- kisah seorang pelajar pendiam yang akhirnya berjaya ini pasti buat anda tersentuh! appeared first on Era Baru Malaysia.

[Era Baru]

You may be interested

Setelah 18 Tahun Berpisah, Simpanse Ini Memiliki Perasaan yang Emosional Saat Bertemu Lagi dengan Wanita yang Menyelamatkannya dari Kematian. Bagikan …..
Terkini
2 views
Terkini
2 views

Setelah 18 Tahun Berpisah, Simpanse Ini Memiliki Perasaan yang Emosional Saat Bertemu Lagi dengan Wanita yang Menyelamatkannya dari Kematian. Bagikan …..

malaysia - 24 April 2018

Erabaru.net. Semua hewan berhak mendapatkan hak mereka untuk diperlakukan dengan hormat karena mereka juga memiliki perasaan dan pikiran. Tidak ada…

Jika Anda Menemui Kesulitan, Belajarlah darinya, Agar Anda Tahu Apa Itu Hidup Kembali dari Jurang Maut. Bagikan …..
Terkini
3 views
Terkini
3 views

Jika Anda Menemui Kesulitan, Belajarlah darinya, Agar Anda Tahu Apa Itu Hidup Kembali dari Jurang Maut. Bagikan …..

malaysia - 24 April 2018

Erabaru.net. Kesulitan adalah ibarat sebuah batu yang keras, namun, bagi sosok orang yang tegar dia adalah batu loncatan, sementara bagi…

Cesur, Kisah Mengharukan Seekor Anjing. Bagikan …..
Terkini
5 views
Terkini
5 views

Cesur, Kisah Mengharukan Seekor Anjing. Bagikan …..

malaysia - 24 April 2018

Erabaru.net. Anjing bernama Cesur kehilangan pemiliknya, Januari 2017. Pemiliknya bernama Mehmet Ilhan, 79 tahun, menderita lumpuh selama bertahun-tahun akibat sakit.…

Leave a Comment

Your email address will not be published.