Individu tidak bertanggungjawab dirakam buang basikal sewa ke dalam longkang tanpa sebab. Sentuh Gambar ….

24 November 2017
30 Views

Di negara jiran kita iaitu Singapura menjadi gempar dengan satu video tular berdurasi 13 saat yang memaparkan tindakan sepasang lelaki dan wanita yang telah mencampakkan dua buah basikal oBike ke dalam longkang tanpa sebarang sebab yang munasabah.

oBike merupakan perkhidmatan menyewa basikal secara atas talian menerusi aplikasi. Dengan caj sebanyak RM0.50 untuk tempoh sewaan 30 minit, pengguna boleh menggunakan basikal berkenaan untuk ke mana sahaja.

Namun, tindakan dua individu tidak bertanggungjawab berkenaan benar-benar mengejutkan orang ramai memandangkan mereka tiada motif untuk membuang basikal yang masih berfungsi itu.

Menurut Mothership, kejadian ini dipercayai berlaku di sekitar kawasan Jalan Lower Delta, Singapura. Selepas kedua-dua mereka mencampakkan basikal berkenaan ke dalam longkang, mereka terus berjalan pergi tanpa sebarang rasa kesal atas tindakan tersebut.

Namun, tanpa mereka sedari, peristiwa tersebut telah dirakamkan oleh seseorang yang kemudiannya memuatnaik video berkenaan di media sosial.

Dalam masa yang singkat, video pendek berkenaan menjadi tular dan mencetuskan pelbagai reaksi marah dan cemuhan daripada netizen.

Seorang pengguna Facebook berkata, “Melihat mereka memusnahkan harta benda orang lain seperti itu adalah sangat menjengkelkan. Saya masih tidak faham mengapa mereka lakukannya”.

Dalam masa hanya tiga hari, video ini menular dan telah mendapat perkongsian sehingga melebihi 14,000 kali!

Pengasas bersama oBike iaitu Edward Chen telah mengeluarkan kenyataan menerusi Mothership dan menyatakan bahawa:

oBike sedar tentang video yang sedang menular dan mengesahkan bahawa basikal di dalam video berkenaan adalah milik syarikat kami”.

“Video ini adalah bukti yang menunjukkan penjenayah berkenaan telah merosakkan basikal kami dan kami sangat mengecam tingkah laku mereka”.

“Pasukan operasi kami sedang bekerjasama dengan pihak polis untuk mengenal pasti identiti mereka yang bertanggungjawab”.

Polis Singapura turut mengesahkan mengenai laporan yang diterima dan akan menjalankan siasatan. Diharap pasukan polis dapat memberkas kedua-dua individu ini memandangkan kita semua ingin tahu motif di sebalik kelakuan tidak bertanggungjawab mereka itu.

Era Baru

The post Individu tidak bertanggungjawab dirakam buang basikal sewa ke dalam longkang tanpa sebab appeared first on Era Baru Malaysia.

[Era Baru]

You may be interested

Seorang Pembeli Menyamar Sebagai ‘Orang Biasa’ untuk Membeli Mobil Mewah Tetapi Diabaikan, Akhirnya, Mereka pun Menyesal!. Bagikan …..
Terkini
19 views
Terkini
19 views

Seorang Pembeli Menyamar Sebagai ‘Orang Biasa’ untuk Membeli Mobil Mewah Tetapi Diabaikan, Akhirnya, Mereka pun Menyesal!. Bagikan …..

malaysia - 31 Mei 2018

Erabaru.net. Zaman sekarang, penampilan seseorang adalah salah satu kriteria penting dalam mendapatkan pandangan yang baik dari orang luar. Bahkan, mayoritas…

Penari Ukuran Jumbo Ini Menunjukkan Gaya Dansa yang Memukau!. Bagikan …..
Terkini
13 views
Terkini
13 views

Penari Ukuran Jumbo Ini Menunjukkan Gaya Dansa yang Memukau!. Bagikan …..

malaysia - 31 Mei 2018

Erabaru.net. Biasanya, orang-orang berpikir bahwa penari yang bisa menari dengan anggun dan indah memiliki bentuk tubuh yang ramping. Namun, video…

Mesin “Teknologi Mutahir” Zaman Now. Bagikan …..
Terkini
15 views
Terkini
15 views

Mesin “Teknologi Mutahir” Zaman Now. Bagikan …..

malaysia - 31 Mei 2018

Erabaru.net. Produk teknologi selalu inovatif, orang-orang selalu berusaha sebaik mungkin menciptakan alat dan perangkat yang sesuai untuk dirinya, agar hidup…

Leave a Comment

Your email address will not be published.