Cimpanzi dengan anak patung mungkin kelihatan lucu dan menghiburkan ramai tetapi hakikatnya dia punya sejarah yang sangat menyedihkan!. Sentuh Gambar ….

24 November 2017
45 Views

Memandangkan corak tingkah laku dan kecerdasan yang ada pada spesies orang utan dan monyet dikatakan sangat mirip dengan manusia maka eksperimen seringkali dilakukan dengan menjadikan mereka sebagai subjek.

Apa yang menyedihkan mereka dijadikan bahan uji kaji dengan menggunakan dadah atau ubat-ubatan yang akan memberi kesan negatif kepada kesihatan mereka.

Pembangunan dalam penyelidikan mungkin mendatangkan kesan dan hasil yang baik tetapi kecederaan emosi akibat eksperimen itu telah membuatkan spesies tersebut berhadapan dengan masalah yang lebih besar.

Selepas kajian dilakukan, mereka biasanya akan ditinggalkan di pulau-pulau terpencil dan perbuatan meninggalkan mereka hidup sendiri, mencari makan serta bertahan hidup sendiri jelas sekali bukan sesuatu yang baik.

Di Washington, Amerika terdapat seekor cimpanzi betina berusia 40 tahun bernama Foxie. Dia dikatakan telah menjadi subjek penyelidikan di dalam makmal sejak 10 tahun yang lalu dan baru-baru ini Organisasi Medicare Chimpanzee Tempatan akhirnya membebaskannya bagi menjalani kehidupan harian secara bebas. Tetapi trauma psikologi yang serius pernah dialaminya sepanjang 10 tahun ketika dalam ‘tahanan’ penyelidikan masih kekal.

Foxie seringkali dilihat bermain dan membelai anak patungnya. Adegan ini mungkin kelihatan comel dan lucu bagi orang ramai tetapi ada hakikat pahit yang tersembunyi di sebalik adegan lucu itu. Foxie punya sejarah pahit yang sangat menyedihkan!

Sebelum Foxie dibebaskan oleh organisasi perlindungan haiwan setempat, dia merupakan haiwan makmal yang pernah menjalani hidup di dalam makmal farmaseutikal. Di situ dia telah menjalani eksperimen yang tidak terhitung banyaknya.

Selama 12 tahun dia dijadikan seperti ‘tikus’ makmal dengan menerima pelbagai jenis ubat-ubatan eksperimen yang begitu banyak dan apa yang lebih menyedihkan anak-anaknya juga berhadapan dengan risiko untuk dibedah bagi tujuan eksperimen.

Sepanjang 12 tahun itu jugalah dia telah melahirkan 4 ekor anak tetapi disebabkan gaya hidupnya yang terbatas dia tidak dapat menyusukan anaknya.

Selepas mereka dilahirkan, bayi-bayinya akan dibawa oleh penyelidik dan mereka akan mendapat nasib yang sama seperti ibu mereka, menjadi bahan uji kaji.

Memandangkan Foxie semakin tua dan syarikat mendapati bahawa mereka tidak lagi boleh memanfaatkan Foxie bagi mendapatkan duit, jadi mereka telah menghantar Foxie ke Local Chimpanzee Medicare Organization.

Oleh kerana Foxie telah menjadi bahan uji aji untuk jangka masa yang panjang, kakitangan organisasi telah membawakan banyak mainan untuk Foxie bagi mengurangkan tekanan yang dialami chimpanzi itu.

Mereka memberikan pelbagai pilihan mainan kepada Foxie seperti loceng, bola, anak patung dan sebagainya. Foxie kemudian pantas memilih anak patung dan sejak daripada itu mereka tidak dapat dipisahkan lagi.

Kakitangan organisasi menganggap bahawa Foxie mungkin merindui anak-anaknya yang tidak dapat dibesarkan. Naluri keibuannya jelas terserlah apabila dia menganggap bahawa anak patung itu adalah anaknya sendiri.

Apabila cerita Foxie didedahkan kepada media, orang ramai mula tersentuh dan sedih akan cerita itu. Ramai yang datang dengan memberikan pelbagai jenis anak patung kepada Foxie dengan harapan dapat menyembuhkan kesakitan Foxie setelah kehilangan anak-anaknya.

Kini Foxie adalah ibu kepada ratusan anak patung. Ada ketikanya kakitangan organisasi akan datang membantu Foxie membersihkan dan membaiki anak patungnya yang kotor dan rosak. Semoga dengan kehadiran anak-anak patung itu emosi dan jiwa Foxie akan dapat dipulihkan.

Era Baru

The post Cimpanzi dengan anak patung mungkin kelihatan lucu dan menghiburkan ramai tetapi hakikatnya dia punya sejarah yang sangat menyedihkan! appeared first on Era Baru Malaysia.

[Era Baru]

You may be interested

Seorang Pembeli Menyamar Sebagai ‘Orang Biasa’ untuk Membeli Mobil Mewah Tetapi Diabaikan, Akhirnya, Mereka pun Menyesal!. Bagikan …..
Terkini
19 views
Terkini
19 views

Seorang Pembeli Menyamar Sebagai ‘Orang Biasa’ untuk Membeli Mobil Mewah Tetapi Diabaikan, Akhirnya, Mereka pun Menyesal!. Bagikan …..

malaysia - 31 Mei 2018

Erabaru.net. Zaman sekarang, penampilan seseorang adalah salah satu kriteria penting dalam mendapatkan pandangan yang baik dari orang luar. Bahkan, mayoritas…

Penari Ukuran Jumbo Ini Menunjukkan Gaya Dansa yang Memukau!. Bagikan …..
Terkini
13 views
Terkini
13 views

Penari Ukuran Jumbo Ini Menunjukkan Gaya Dansa yang Memukau!. Bagikan …..

malaysia - 31 Mei 2018

Erabaru.net. Biasanya, orang-orang berpikir bahwa penari yang bisa menari dengan anggun dan indah memiliki bentuk tubuh yang ramping. Namun, video…

Mesin “Teknologi Mutahir” Zaman Now. Bagikan …..
Terkini
15 views
Terkini
15 views

Mesin “Teknologi Mutahir” Zaman Now. Bagikan …..

malaysia - 31 Mei 2018

Erabaru.net. Produk teknologi selalu inovatif, orang-orang selalu berusaha sebaik mungkin menciptakan alat dan perangkat yang sesuai untuk dirinya, agar hidup…

Leave a Comment

Your email address will not be published.