Atuk Ini Sungguh-sungguh Tempah Meja Untuk Sambut Hari Lahirnya Ke-61,Tapi Tak Seorang Pun Anak Cucunya Yang Datang,Ini Yang Terjadi Selepas Itu

12 November 2017
19424 Views

Bagi orang tua, walaupun mereka sudah menjadi atuk dan juga nenek, mereka pasti gembira apabila di raikan sesuatu sambutan.

Bukan sambutan hari jadi yang membuatkan mereka gembira namun keberadaan anak cucu di sisi membuatkan hati mereka merasa sangat riang.

 

Begitu juga dengan seorang atuk yang mahu menyambut ulang tahunnya yang ke 61 tahun di sebuah restoran. Detik sedih dan sebak ini di rakam oleh seorang pelanggan restoran yang sama bernama Patty.

Melalui akaun facebooknya, Patty berkongsi dalam bahasa Mexico bahawa atuk ini di lihat ligat mengatur semuanya buat anak cucu yang bakal hadir ke meja makan itu untuk merai hari lahirnya.

Namun pelanggan di situ melihat atuk itu sudah sangat lama menunggu dan tiada seorang pun anak cucunya yang munculkan diri. Hinggalah dia menerima satu deringan telefon dan membaca satu mesej. Kelihatan atuk ini sangat kecewa dan sedih.

Ramai orang tahu bahawa usaha atuk itu untuk melihat anak cucunya datang tidak kesampaian dan mereka merasa simpati. Sehinggalah satu detik, atuk ini bangun dan memberitahu semua orang yang ada dalam restoran itu bahawa dia mahu menyambut ulang tahunnya ke 61 dan anak cucunya serta isteri tidak boleh datang.

Dia pun berkata, jika ada sesiapa yang mahu datang ke mejanya untuk menyambut hari lahirnya, mereka sangat di alu-alukan.Ketika itu, atuk itu mula bercakap dalam nada sebak dan menahan tangisan yang di simpan dalam dadanya.

Selepas atuk itu habis bercakap dan kembali ke mejanya dalam keadaan hiba, mereka yang berada di restoran itu terus datang ke meja atuk tadi sambil menyanyikan lagu hari lahir dalam bahasa Mecixo buatnya. Mereka semua yang tidak di kenali itu datang dan memeluk atuk tadi sambil mengucapkan semoga  panjang umur dan banyak ucapan baik-baik yang lain.

Air muka atuk tadi berubah menjadi lebih manis dan gembira dan pada hari itu dia nampaknya menyambut hari lahirnya dengan ramai individu yang tidak di kenali walau anak cucunya tiada di sisi.

“Apelah anak dia…tak kan datang sekejap je tak boleh..bukan hari-hari kena sambut besday..”

“Sebak pula aku baca kisah atuk ni..moga dia selalu sihat…..bersungguh-sungguh dua buat semua tu..tinggal anak cucu datang menghadap meja makan..tu pun malas nak datang..apelah punya keluarga… “

” dah viral kisah atuk ni..anak bini ngan cucu2 dia tak bersalah ke..tak malu ke tengok strangers yang datang sambut siap post dekat facebook. “

“alaah…..bahagianya tengok atuk siapkan semua kerusi siap ade reben..patutnya ank cucu wat cm tu utk dia..tapi dorang tak datang pun..sedih “.

“biasalah kalau anak cucu nak2 anak2 kat bandar bizi memanjang…xkan datang… “

 

The post Atuk Ini Sungguh-sungguh Tempah Meja Untuk Sambut Hari Lahirnya Ke-61,Tapi Tak Seorang Pun Anak Cucunya Yang Datang,Ini Yang Terjadi Selepas Itu appeared first on Berita Semasa.

REFERENSI

You may be interested

Seorang Pembeli Menyamar Sebagai ‘Orang Biasa’ untuk Membeli Mobil Mewah Tetapi Diabaikan, Akhirnya, Mereka pun Menyesal!. Bagikan …..
Terkini
19 views
Terkini
19 views

Seorang Pembeli Menyamar Sebagai ‘Orang Biasa’ untuk Membeli Mobil Mewah Tetapi Diabaikan, Akhirnya, Mereka pun Menyesal!. Bagikan …..

malaysia - 31 Mei 2018

Erabaru.net. Zaman sekarang, penampilan seseorang adalah salah satu kriteria penting dalam mendapatkan pandangan yang baik dari orang luar. Bahkan, mayoritas…

Penari Ukuran Jumbo Ini Menunjukkan Gaya Dansa yang Memukau!. Bagikan …..
Terkini
13 views
Terkini
13 views

Penari Ukuran Jumbo Ini Menunjukkan Gaya Dansa yang Memukau!. Bagikan …..

malaysia - 31 Mei 2018

Erabaru.net. Biasanya, orang-orang berpikir bahwa penari yang bisa menari dengan anggun dan indah memiliki bentuk tubuh yang ramping. Namun, video…

Mesin “Teknologi Mutahir” Zaman Now. Bagikan …..
Terkini
15 views
Terkini
15 views

Mesin “Teknologi Mutahir” Zaman Now. Bagikan …..

malaysia - 31 Mei 2018

Erabaru.net. Produk teknologi selalu inovatif, orang-orang selalu berusaha sebaik mungkin menciptakan alat dan perangkat yang sesuai untuk dirinya, agar hidup…

Leave a Comment

Your email address will not be published.