Apakah kebahagiaan yang kita impikan? Saksikan video ini supaya hidup anda lebih bermakna. Sentuh Gambar ….

5 Desember 2017
93 Views

Media mempunyai kuasa yang besar dalam mempengaruhi minda dan pemikiran masyarakat. Tidak kira apa-apa jenis medium, media sememangnya satu mekanisme yang mampu mendidik masyarakat.

Itulah yang dilakukan oleh Steve Cutts, seorang pelukis kartun yang terkenal di United Kingdom. Menggunakan bakat yang diperolehinya, beliau banyak melakukan kritikan sosial terhadap manusia melalui ilustrasi yang dihasilkan. Antara video yang popular di media-media sosial ialah Man, In The Fall, dan How will you die?

Vide0-video animasi ini menggunakan wakta kartun sebagai watak utama dan melambangkan kehidupan manusia zaman kini yang penuh dengan kecelaruan. Terbaru, beliau telah mengeluarkan satu video animasi yang bertajuk Happiness.

Kebahagiaan mempunyai pelbagai definisi. Setiap manusia juga mempunyai pandangan yang berbeza mengenai erti kebahagiaan. Sesetengah manusia beranggapan duit, pangkat, dan harta merupakan kebahagiaan tetapi terdapat juga yang masih bahagia walaupun tidak hidup dengan kemewahan.

Dalam video bertajuk Happiness, Steve Cutts menggunakan tikus sebagai watak utama. Video ini bermula dengan seekor tikus berlari keseorangan untuk mengejar kereta api bersama tikus-tikus lain.

Rupa-rupanya, adegan ini ingin menunjukkan keadaan manusia kini yang segak bergaya tetapi masing-masing hidup dalam kekalutan.

Filem pendek ini juga memaparkan papan-papan iklan yang terkenal dan cuba menarik minat para pelanggan dengan istilah “Happiness”. Hal ini demikian, Steve Cutts mengkritik syarikat-syarikat besar yang telah melambangkan kebahagiaan berbentuk barangan.

Masyarakat pula mudah terpedaya dengan taktik syarikat-syarikat besar yang mengaut keuntungan dengan melambangkan kebahagiaan daripada produk mereka.

Akibat daripada itu, hidup manusia bercelaru akibat menikmati kebahagiaan yang bersifat material. Sedangkan, kebahagiaan itu datang daripada jiwa manusia dan bukannya daripada barangan.

Motif utama video animasi ini ialah, manusia sebenarnya keliru dengan kebahagiaan yang ingin dikecapi. Kebanyakkan daripada kita hanya memandang budaya materialistik sebagai sumber kebahagiaan.

Disebabkan itu, kita mudah terkeliru dengan kehidupan kita sendiri. Kita tidak sedar jika kita bersyukur dan hidup secara sederhana, kebahagiaan itu akan datang kepada kita.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

The post Apakah kebahagiaan yang kita impikan? Saksikan video ini supaya hidup anda lebih bermakna appeared first on Era Baru Malaysia.

[Era Baru]

You may be interested

Seorang Pembeli Menyamar Sebagai ‘Orang Biasa’ untuk Membeli Mobil Mewah Tetapi Diabaikan, Akhirnya, Mereka pun Menyesal!. Bagikan …..
Terkini
19 views
Terkini
19 views

Seorang Pembeli Menyamar Sebagai ‘Orang Biasa’ untuk Membeli Mobil Mewah Tetapi Diabaikan, Akhirnya, Mereka pun Menyesal!. Bagikan …..

malaysia - 31 Mei 2018

Erabaru.net. Zaman sekarang, penampilan seseorang adalah salah satu kriteria penting dalam mendapatkan pandangan yang baik dari orang luar. Bahkan, mayoritas…

Penari Ukuran Jumbo Ini Menunjukkan Gaya Dansa yang Memukau!. Bagikan …..
Terkini
13 views
Terkini
13 views

Penari Ukuran Jumbo Ini Menunjukkan Gaya Dansa yang Memukau!. Bagikan …..

malaysia - 31 Mei 2018

Erabaru.net. Biasanya, orang-orang berpikir bahwa penari yang bisa menari dengan anggun dan indah memiliki bentuk tubuh yang ramping. Namun, video…

Mesin “Teknologi Mutahir” Zaman Now. Bagikan …..
Terkini
15 views
Terkini
15 views

Mesin “Teknologi Mutahir” Zaman Now. Bagikan …..

malaysia - 31 Mei 2018

Erabaru.net. Produk teknologi selalu inovatif, orang-orang selalu berusaha sebaik mungkin menciptakan alat dan perangkat yang sesuai untuk dirinya, agar hidup…

Leave a Comment

Your email address will not be published.