Akibat air sungai terlalu deras, 10 buah rumah hanyut di Keningau. Sentuh Gambar ….

18 Desember 2017
27 Views

Berikutan banjir besar melanda di Keningau, Sabah, 10 buah rumah di Kampung Pampang hanyut dan musnah akibat limpahan air daripada Sungai Pampang , lapor BERBAMA.

Kejadian yang berlaku pada waktu tengah hari 17 Disember itu walaubagaimanapun tidak meragut sebarang nyawa, menurut Pegawai Bomba Kanan 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Jaree Mohamad.

Hal ini berikutan, para penduduk menyedari air yang melimpah semakin tinggi dan membuat keputusan untuk keluar mencari tempat perlindungan.

“Ketika tinjauan, terdapat 10 rumah dihanyutkan arus deras sungai Kampung Pampang. Selain itu, sebuah kenderaan turut dihanyutkan arus sungai,” kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau Mudi Pengiran seperti yang dipetik daripada Harian Metro.

sumber gambar: Harian Metro

Beliau turut menambah, sebuah kampung lagi iaitu Kampung Contoh turut ditenggelami air banjir.

Akibat daripada paras air sungai yang semakin tinggi, laluan utama ke Kampung Pampang terpaksa ditutup dan menyaksikan perhubungan keluar masuk ke kampung terhenti sementara waktu.

Sepasukan bomba dan polis trafik berada di tempat kejadian bagi memelihara keselamatan penduduk sambil menasihati para penduduk meletakkan kenderaan di kawasan yang lebih tinggi iaitu, Masjid Pekan Keningau.

Adun Liawan Datuk Sairin Karno yang meninjau kawasan terjejas menasihati penduduk berisiko banjir agar berpindah di kawasan selamat.

Sementara itu, di daerah Kota Belud seramai  74 orang mangsa banjir daripada 37 keluarga di pindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Masyarakat Tun Said selepas banjir berlaku daripada hujan tanpa henti sejak tengah hari 17 Disember.


Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, sebanyak 12 kampung di daerah Kota Belud terjejas banjir setakat ini.

Sumber: BERNAMA, Harian Metro 

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

The post Akibat air sungai terlalu deras, 10 buah rumah hanyut di Keningau appeared first on Era Baru Malaysia.

[Era Baru]

You may be interested

Seorang Pembeli Menyamar Sebagai ‘Orang Biasa’ untuk Membeli Mobil Mewah Tetapi Diabaikan, Akhirnya, Mereka pun Menyesal!. Bagikan …..
Terkini
19 views
Terkini
19 views

Seorang Pembeli Menyamar Sebagai ‘Orang Biasa’ untuk Membeli Mobil Mewah Tetapi Diabaikan, Akhirnya, Mereka pun Menyesal!. Bagikan …..

malaysia - 31 Mei 2018

Erabaru.net. Zaman sekarang, penampilan seseorang adalah salah satu kriteria penting dalam mendapatkan pandangan yang baik dari orang luar. Bahkan, mayoritas…

Penari Ukuran Jumbo Ini Menunjukkan Gaya Dansa yang Memukau!. Bagikan …..
Terkini
13 views
Terkini
13 views

Penari Ukuran Jumbo Ini Menunjukkan Gaya Dansa yang Memukau!. Bagikan …..

malaysia - 31 Mei 2018

Erabaru.net. Biasanya, orang-orang berpikir bahwa penari yang bisa menari dengan anggun dan indah memiliki bentuk tubuh yang ramping. Namun, video…

Mesin “Teknologi Mutahir” Zaman Now. Bagikan …..
Terkini
15 views
Terkini
15 views

Mesin “Teknologi Mutahir” Zaman Now. Bagikan …..

malaysia - 31 Mei 2018

Erabaru.net. Produk teknologi selalu inovatif, orang-orang selalu berusaha sebaik mungkin menciptakan alat dan perangkat yang sesuai untuk dirinya, agar hidup…

Leave a Comment

Your email address will not be published.