8 Simptom kemurungan yang tersembunyi buatkan ramai yang tidak sedar mereka sebenarnya mengalami kemurungan!. Sentuh Gambar ….

19 Desember 2017
142 Views

Kemurungan adalah penyakit yang sangat serius. Ia boleh dikelirukan dengan keletihan yang biasa kita alami dan ia juga boleh ‘tersembunyi’ di bawah timbunan kerja yang berlebihan. Antara ciri lain kemurungan ialah kesedihan, kurangnya inisiatif dan kehilangan kekuatan fizikal dan moral.

Hanya doktor yang boleh mendiagnosis penyakit kemurungan ini dengan betul, tetapi anda juga dapat melihat sendiri akan gangguan emosi ini jika berlaku.

Adalah sangat baik jika kemurungan dapat dikesan dengan cepat supaya langkah-langkah merawat dapat dilakukan segera. Jadi, mari lihat lapan gejala kemurungan yang mungkin pernah dialami oleh anda atau mereka di sekitar anda. Anda mungkin tidak sedar tetapi inilah tanda-tanda kemurungan!

8. Tidak yakin

© TalindaB / twitter

Orang yang menderita kemurungan yang tersembunyi biasanya cuba membincangkan topik dengan menggunakan ayat abstrak. Mereka juga suka bercakap tentang makna kehidupan sepanjang masa.

Kata-kata mereka biasanya bersifat abstrak, tiada keyakinan dan samar-samar. Ahli psikologi mengatakan semakin yakin mereka dengan apa yang mereka katakan semakin tinggi peluang mereka untuk mendapatkan hidup yang lebih bahagia.

7. Mencari alasan

© metelga / twitter

Orang yang tertekan sering menggunakan alasan untuk menyembunyikan keinginan dan kesedihan sebenar mereka. Contohnya, mereka menyusun cerita mengenai kenapa mereka tidak boleh pergi ke majlis ulang tahun rakan atau mengapa mereka tidak boleh tinggal bersama rakan sekerja.

Dengan alasan seperti ini mereka dapat menyembunyikan apa yang sedang mereka alami dan tiada orang yang akan menyangka mereka sebenarnya mengalami gangguan emosi.

6. Kurang reaksi yang sepatutnya

© Magnolia Pictures   © Warner Brothers

Orang yang mengalami kemurungan boleh menafsirkan apa yang berlaku di sekitarnya dengan cara yang berbeza. Mereka boleh bersetuju dengan orang ramai atau berhenti menyatakan pendapat dan keinginan mereka.

Mereka bahkan adakalanya tidak sedar dengan penghinaan atau kesakitan dalaman yang mereka alami misalnya, apabila mereka kehilangan orang tersayang. Mereka tidak sedar jiwa mereka sebenarnya sedang ‘sakit’, mereka nampak kuat tetapi hakikatnya rapuh di dalam.

5. Penyakit psikosomatik

© drunktwi / twitter

Akibat kemurungan orang biasanya mengadu tentang sakit jantung, ketegangan pada tangan dan kaki mereka, kesukaran bernafas, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain. Pemeriksaan kesihatan lazimnya menunjukkan bahawa mereka baik-baik saja. Rasa ketegangan yang mereka alami menunjukkan bahawa mereka sebenarnya dalam keadaan yang tidak stabil.

4. Obsesif

© Warnerbros

Keadaan tertekan akan membuatkan seseorang terlalu berfikir akan sesuatu, melebihi apa yang sepatutnya. Mereka kononnya sedang mencari jawapan tetapi hakikatnya mereka gagal menemukan jawapan kepada masalah mereka dengan cara pemikiran seperti itu.

Mereka kemudian akan mencipta ilusi atau angan-angan yang kononnya dapat menyelesaikan masalah mereka. Agak mudah untuk mengesan mereka yang obsesif seperti ini antaranya ialah; mereka sendiri berfikir bahawa mereka tidak bahagia, mereka juga asyik bercakap tentang masalah yang sama dan mereka juga tidak melakukan apa-apa melainkan hanya bercakap mengenai masalah itu.

3. Penampilan tidak kemas

© FOX

Kemurungan yang dialami seseorang jelas akan memberi kesan kepada penampilan. Jika seseorang mula hidup dalam keadaan tunggang-langgang atau tidak menjaga kebersihan rumah mereka, mungkin sudah tiba masanya untuk anda bertanya-tanya sama ada mereka baik-baik sahaja atau tidak. Kaedah ini boleh digunakan hanya kepada mereka yang sememangnya tiada masalah kekemasan sebelum ini.

2. Perubahan dalam aktiviti harian

© 20th Century Fox

Mereka yang mengalami kemurungan kelihatan tidak dapat melakukan tugas-tugas rutin harian dengan baik, mudah lupa, sering mengalami keletihan dan merasakan ketidakpastian dalam tindakan mereka.

Ia juga boleh menjadi sebaliknya, apabila orang yang tidak aktif sebelumnya tiba-tiba menjadi sangat aktif dan workaholics dengan jadual pada. Mereka sepertinya cuba melepaskan diri daripada perasaan sebenar mereka.

1. Berpura-pura gembira

© BBC

Kemurungan yang dialami membuatkan mereka cuba menyembunyikan di sebalik suasana positif. Untuk mencapai tujuan itu mereka akan cuba untuk benar-benar kelihatan seperti orang yang paling bahagia dan paling gembira di dunia.

Mereka akan mengelakkan perbualan yang serius dan apabila berbicara mengenai topik yang sukar mereka akan ketawa mengenainya. Anda hanya boleh memahami dan membantu mereka dengan perbualan yang panjang dan pastikan anda adalah orang yang mereka percayai.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

The post 8 Simptom kemurungan yang tersembunyi buatkan ramai yang tidak sedar mereka sebenarnya mengalami kemurungan! appeared first on Era Baru Malaysia.

[Era Baru]

You may be interested

Seorang Pembeli Menyamar Sebagai ‘Orang Biasa’ untuk Membeli Mobil Mewah Tetapi Diabaikan, Akhirnya, Mereka pun Menyesal!. Bagikan …..
Terkini
19 views
Terkini
19 views

Seorang Pembeli Menyamar Sebagai ‘Orang Biasa’ untuk Membeli Mobil Mewah Tetapi Diabaikan, Akhirnya, Mereka pun Menyesal!. Bagikan …..

malaysia - 31 Mei 2018

Erabaru.net. Zaman sekarang, penampilan seseorang adalah salah satu kriteria penting dalam mendapatkan pandangan yang baik dari orang luar. Bahkan, mayoritas…

Penari Ukuran Jumbo Ini Menunjukkan Gaya Dansa yang Memukau!. Bagikan …..
Terkini
13 views
Terkini
13 views

Penari Ukuran Jumbo Ini Menunjukkan Gaya Dansa yang Memukau!. Bagikan …..

malaysia - 31 Mei 2018

Erabaru.net. Biasanya, orang-orang berpikir bahwa penari yang bisa menari dengan anggun dan indah memiliki bentuk tubuh yang ramping. Namun, video…

Mesin “Teknologi Mutahir” Zaman Now. Bagikan …..
Terkini
15 views
Terkini
15 views

Mesin “Teknologi Mutahir” Zaman Now. Bagikan …..

malaysia - 31 Mei 2018

Erabaru.net. Produk teknologi selalu inovatif, orang-orang selalu berusaha sebaik mungkin menciptakan alat dan perangkat yang sesuai untuk dirinya, agar hidup…

Leave a Comment

Your email address will not be published.