7 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kes Pembunuhan Lelaki di Stesen Minyak Johor Bahru. Sentuh Gambar ….

19 Desember 2017
25 Views

The post 7 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kes Pembunuhan Lelaki di Stesen Minyak Johor Bahru appeared first on Lobak Merah. By continuing publishing our materials, you have knowingly infringed our intellectual property and copyrights by reproducing Lobak Merah contents without any prior written consent from the media owner. This case will be escalated into a legal action should the content remains on this site.

Sekitar minggu ini, kecoh mengenai kes seorang lelaki yang maut akibat ditikam, dilanggar dan digilis dengan sebuah kereta selepas video mengenainya tular dan menjadi perbualan hangat di media sosial.

Kejadian yang menggemparkan ini telah berlaku di sebuah stesen minyak dekat Taman Pelangi, Johor Bahru dan rata-rata telah mencetuskan kebimbangan orang awam akan keselamatan mereka yang semakin terancam.

Walau bagaimanapun, kes ini masih dalam siasatan polis dan tiada penangkapan yang dilakukan (sehingga setakat ini). Berikut kami senaraikan tujuh perkara yang perlu anda tahu mengenai kes pembunuhan lelaki di stesen minyak Johor Bahru:

 

1. Rakaman tular di aplikasi WhatsApp pada malam Ahad (17 Disember 2017)

Kes pembunuhan ini mulai gempar di media sosial apabila tersebarnya sebuah rakaman video berdurasi satu minit 23 saat di aplikasi WhatsApp dan grup-grup berita di Facebook. Melalui rakaman tersebut, kelihatan seorang lelaki ditarik keluar daripada kenderaan BWM putih dan bergelut dengan sekumpulan lelaki yang memukulnya dengan bertubi-tubi.

Dalam keadaan berlumuran darah, lelaki tersebut dibiarkan terbaring di atas lantai sebelum BMW putih yang dinaiki kumpulan lelaki tadi melanggarnya dan seterusnya mengundur untuk menggilisnya pula. Aih kejam sungguh!

Untuk menakut-nakutkan orang awam di sekeliling, kumpulan lelaki tadi juga telah membaling mercun di tapak stesen minyak tersebut hingga membuatkan saksi tempat kejadian terpaku melihat lelaki tersebut diperlakukan sebegitu.

 

2. Kematian mangsa berpunca daripada tikaman tepat ke jantung

Menerusi laporan Harian Metro, mangsa sudah pun didapati meninggal dunia di tempat kejadian sebaik sahaja polis tiba di lokasi tersebut.

Sumber: Facebook

Hasil bedah siasat polis telah menemui kesan tikaman pada dada kiri mangsa yang sekaligus menyebabkan pendarahan yang serius selain daripada kesan dilanggar dan digilis kenderaan. Mangsa disahkan maut akibat luka tikaman yang tepat ke jantung atau dipanggil ‘stab wound to heart’.

Sumber: Facebook

 

3. Tular konon suspek telah ditangkap di media sosial

Belum pun sehari berita tersebut mendapat perhatian media, tiba-tiba tersebar foto dua orang lelaki yang kononnya dikatakan suspek kepada pembunuhan tersebut telah ditahan pihak polis.

Sumber: WOB

Walau bagaimanapun, pihak polis dengan pantas menyangkal dakwaan tersebut dan meminta supaya netizen tidak menyebarkan fitnah ataupun berita palsu. Sehingga kini, suspek masih bebas di luar sana dan pihak polis masih belum berjaya memberkas mereka yang terlibat.

 

4. Kereta BMW suspek guna nombor pendaftaran palsu

Ramai di kalangan netizen berharap dengan adanya nombor pendaftaran kenderaan milik suspek, suspek lebih mudah dijejaki dan segera diberkas polis.

Sumber: WOB

Pun begitu, selepas menjalankan siasatan, pihak polis mendapati kenderaan BMW 520i yang bernombor pendaftaran WB79L telah menggunakan nombor pendaftaran yang bukan miliknya. Mereka juga telah menemui pemilik sebenar kepada nombor pendaftaran tersebut dan mendapati dia bukanlah suspek serta mempunyai sebarang kaitan dengan kes ini.

 

5. Empat suspek telah dikenalpasti 

Awal pagi ini, Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi telah mendedahkan bahawa pihak polis sudah pun mengenal pasti empat suspek yang terlibat dalam pembunuhan lelaki di stesen minyak Taman Pelangi.

Sumber: TV14

Mereka yang juga ahli kepada sebuah kumpulan kongsi gelap itu sedang dijejaki polis dan pembunuhan tersebut kemungkinan berpunca daripada perselisihan faham antara dua kumpulan kongsi gelap.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, Ibu Pejabat Bukit Aman juga sedang memantau perkembangan kes bagi memastikan suspek yang diburu dapat ditahan secepatnya.

 

6. Mangsa mungkin ketua bagi kumpulan kongsi gelap

Tiba-tiba satu plot baru muncul dalam kes pembunuhan ini. Menurut The Star, mangsa yang kini dikenali sebagai Ah Chiu, 44, kemungkinan menjadi buruan beberapa ‘pembunuh upahan’. Erkkk! 

Sumber: The Star

Dalam sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengesahkan bahawa mangsa juga seorang ketua kumpulan kongsi gelap.

 

7. Ada ganjaran bagi mereka yang berjaya membunuh mangsa

Tidak hanya menjadi buruan, media berbahasa Cina juga mendakwa terdapat harga yang ditawarkan bagi mereka yang berjaya mendapatkan kepala mangsa berkenaan. Apaa??

Dilaporkan juga ganjaran sebanyak RM23,888 diberikan bagi mereka yang berjaya mendapat maklumat mengenainya dan RM32,888 pula bagi mereka yang berjaya menangkapnya. Fuh gilalah! 

Walau bagaimanapun kini dimaklumkan bahawa isteri mangsa seorang warga Vietnam telah menuntut tubuh mangsa dari bilik mayat Hospital Sultan Sulaiman pada jam 2.10 petang. Tubuh mangsa akan diletakkan di Nirvana Memorial Park, Kulai untuk beberapa hari sebelum disemadikan nanti.

Sumber: The Star

Bagi mereka yang mempunyai sebarang info mengenai kes ini anda boleh menghubungi polis di hotline 07-2212999 ataupun terus ke balai polis berdekatan. Diharapkan kes ini dapat diselesaikan dengan segera dan mereka yang terlibat akan dihadapkan ke mahkamah.

Makin lama, makin seriau dengan kejadian yang menimpa negara kita ini. Harap jenayah seperti ini dapat dibendung daripada berlaku di tahun hadapan. 

Baca: 7 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang ‘Datuk Seri’ Belasah RELA

The post 7 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kes Pembunuhan Lelaki di Stesen Minyak Johor Bahru appeared first on Lobak Merah. By continuing publishing our materials, you have knowingly infringed our intellectual property and copyrights by reproducing Lobak Merah contents without any prior written consent from the media owner. This case will be escalated into a legal action should the content remains on this site.

[LOBAKMERAH]

You may be interested

Seorang Pembeli Menyamar Sebagai ‘Orang Biasa’ untuk Membeli Mobil Mewah Tetapi Diabaikan, Akhirnya, Mereka pun Menyesal!. Bagikan …..
Terkini
19 views
Terkini
19 views

Seorang Pembeli Menyamar Sebagai ‘Orang Biasa’ untuk Membeli Mobil Mewah Tetapi Diabaikan, Akhirnya, Mereka pun Menyesal!. Bagikan …..

malaysia - 31 Mei 2018

Erabaru.net. Zaman sekarang, penampilan seseorang adalah salah satu kriteria penting dalam mendapatkan pandangan yang baik dari orang luar. Bahkan, mayoritas…

Penari Ukuran Jumbo Ini Menunjukkan Gaya Dansa yang Memukau!. Bagikan …..
Terkini
13 views
Terkini
13 views

Penari Ukuran Jumbo Ini Menunjukkan Gaya Dansa yang Memukau!. Bagikan …..

malaysia - 31 Mei 2018

Erabaru.net. Biasanya, orang-orang berpikir bahwa penari yang bisa menari dengan anggun dan indah memiliki bentuk tubuh yang ramping. Namun, video…

Mesin “Teknologi Mutahir” Zaman Now. Bagikan …..
Terkini
15 views
Terkini
15 views

Mesin “Teknologi Mutahir” Zaman Now. Bagikan …..

malaysia - 31 Mei 2018

Erabaru.net. Produk teknologi selalu inovatif, orang-orang selalu berusaha sebaik mungkin menciptakan alat dan perangkat yang sesuai untuk dirinya, agar hidup…

Leave a Comment

Your email address will not be published.